Perkara tersembunyi adalah lebih baik daripada perkara terang-terangan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

السر أفضل من العلانية، والعلانية أفضل ممن أراد الاقتداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara tersembunyi adalah lebih baik daripada perkara terang-terangan dan perkara terang-terangan adalah lebih baik daripada kemahuan untuk ditiru sesuatu perkara.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1999, hadis nombor 10024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عمر -رضي الله عنها- مرفوعاً: السر أفضل من العلانية، والعلانية أفضل ممن أراد الاقتداء.
[عق، ابن الجوزي في ((العلل))، فر، ((الضعيفة)) (2406)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA., -diriwayat secara marfu’-: Perkara tersembunyi adalah lebih baik daripada perkara terang-terangan, dan perkara terang-terangan adalah lebih baik daripada kemahuan untuk ditiru sesuatu perkara.
[Riwayat al-Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn Jauzi dalam ‘Ilal dan al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2406]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.