Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السِّرُّ أفضلُ مِن العلاَنيةِ، والعلاَنيةُ أفضلُ مِمَّن أرادَ الاقتِداءَ.
Teks Bahasa Melayu
Perkara tersembunyi adalah lebih baik daripada perkara terang-terangan dan perkara terang-terangan adalah lebih baik daripada kemahuan untuk ditiru sesuatu perkara.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1999, hadis no. 10024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنها- مرفوعاً: السر أفضل من العلانية، والعلانية أفضل ممن أراد الاقتداء. [عق، ابن الجوزي في ((العلل))، فر، ((الضعيفة)) (2406)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA., -diriwayat secara marfu’-: Perkara tersembunyi adalah lebih baik daripada perkara terang-terangan, dan perkara terang-terangan adalah lebih baik daripada kemahuan untuk ditiru sesuatu perkara. [Riwayat al-Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, Ibn Jauzi dalam ‘Ilal dan al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2406]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman