Perkara terawal yang Tuhanku melarang aku setelah menyembah berhala adalah meminum arak, serta bermusuh dengan orang lain

TEKS BAHASA ARAB

أول ما نهاني عنه ربي بعد عبادة الأوثان، شرب الخمر، وملاحاة الرجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara terawal yang Tuhanku melarang aku setelah menyembah berhala adalah meminum arak, serta bermusuh dengan orang lain.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 52 – 53, hadis nombor 220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أول ما نهاني عنه ربي بعد عبادة الأوثان، شرب الخمر، وملاحاة الرجال)). [طب، حل، ((الضعيفة)) (3345)].

(Sangat Lemah)
Daripada Mu‘ādh ibn Jabal RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Perkara terawal yang Tuhanku melarang aku setelah menyembah berhala adalah meminum arak, serta bermusuh dengan orang lain.))
[Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3345].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.