Perkara terawal yang diletakkan di atas neraca timbangan adalah akhlak yang baik

TEKS BAHASA ARAB

أول ما يوضع في الميزان الخلق الحسن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara terawal yang diletakkan di atas neraca timbangan adalah akhlak yang baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 53, hadis nombor 222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ميمون بن مهران، قال: قلت لأم الدرداء: سمعت من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – شيئاً؟ قالت: سمعته يقول: ((أول ما يوضع في الميزان الخلق الحسن)). [طب، ابن أبي حاتم في ((العلل)، حل، ((الضعيفة)) (3352)].

(Lemah)
Daripada Maymūn ibn Mihrān telah berkata: “Aku telah bertanya kepada Ummu al-Dardā’ RA: “Adakah kamu telah mendengar sesuatu perkara daripada Rasulullah SAW? Beliau telah berkata: “Aku telah mendengar Baginda SAW bersabda: ((Perkara terawal yang diletakkan di atas neraca timbangan adalah akhlak yang baik.))
[Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn Abū Ḥātim dalam al-‘Ilal, dan Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3352].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs