Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أولُ ما يُرْفَعُ من هذه الأمةِ الحياءُ والأمانةُ.
Teks Bahasa Melayu
Perkara terawal yang diangkat dari umat ini adalah perasaan malu dan juga amanah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 53, hadis no. 221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أول ما يرفع من هذه الأمة الحياء والأمانة)). [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، القضاعي، ((الضعيفة)) (3347)].
(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Perkara terawal yang diangkat dari umat ini adalah perasaan malu dan juga amanah.)) [Riwayat al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlāq dan al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3347].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman