Perkara terawal yang Allah fardhukan ke atas umatku adalah solat lima waktu

TEKS BAHASA ARAB

أول ما افترض الله على أمتي الصلوات الخمس، وأول ما يرفع من أعمالهم الصلوات الخمس، وأول ما يسألون عنه الصلوات الخمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara terawal yang Allah fardhukan ke atas umatku adalah solat lima waktu. Dan perkara terawal yang akan diangkat dari amalan mereka juga adalah solat lima waktu. Serta perkara pertama yang mereka akan ditanyakan kelak (di Akhirat) adalah tentang solat lima waktu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 279, hadis nombor 1450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أول ما افترض الله على أمتي الصلوات الخمس، وأول ما يرفع من أعمالهم الصلوات الخمس، وأول ما يسألون عنه الصلوات الخمس)).
[حل، ((الضعيفة)) (3344)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar ―raḍiyallāhu ‘anhuma― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perkara terawal yang Allah fardhukan ke atas umatku adalah solat lima waktu. Dan perkara terawal yang akan diangkat dari amalan mereka juga adalah solat lima waktu. Serta perkara pertama yang mereka akan ditanyakan kelak (di Akhirat) adalah tentang solat lima waktu.
[Riwayat al-Hilyah oleh Abi Nu'aim. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3344]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs