Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أولُ ما افتَرَض اللهُ على أمتي الصلواتُ الخَمْسُ، وأولُ ما يُرْفَعُ من أعمالِهم الصلواتُ الخَمْسُ، وأولُ ما يُسْألونَ عنه الصلواتُ الخَمْسُ.
Teks Bahasa Melayu
Perkara terawal yang Allah fardhukan ke atas umatku adalah solat lima waktu. Dan perkara terawal yang akan diangkat dari amalan mereka juga adalah solat lima waktu. Serta perkara pertama yang mereka akan ditanyakan kelak (di Akhirat) adalah tentang solat lima waktu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 279, hadis no. 1450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أول ما افترض الله على أمتي الصلوات الخمس، وأول ما يرفع من أعمالهم الصلوات الخمس، وأول ما يسألون عنه الصلوات الخمس)). [حل، ((الضعيفة)) (3344)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar ―raḍiyallāhu ‘anhuma― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perkara terawal yang Allah fardhukan ke atas umatku adalah solat lima waktu. Dan perkara terawal yang akan diangkat dari amalan mereka juga adalah solat lima waktu. Serta perkara pertama yang mereka akan ditanyakan kelak (di Akhirat) adalah tentang solat lima waktu. [Riwayat al-Hilyah oleh Abi Nu'aim. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3344]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman