Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Perkara pertama yang diciptakan oleh Allah adalah pena

Teks Bahasa Arab

[إن] أول شيءٍ خَلَقَ اللهُ القلمُ، ثم خَلَقَ بعده النُّونَ، وهي الدَّواةُ، ثم قال -سبحانه وتعالى-: اكْتُب. فقال: وما أكْتُبُ؟ قال جل وعلا: اكتب ما يكونُ من عملٍ، أو أَثَرٍ، أو رِزْقٍ، [أو أجل]. فكتبَ ما يكونُ، وما هو كائنٌ إلى يومِ القيامةِ؛ فذلك قوله - عَزَّ وَجَلَّ -: {ن. والقلم وما يسطرون} ثم خَتَمَ جل وعلا على القَلَم، فلمْ يَنْطِقْ، ولا ينطقُ إلى يومِ القيامةِ، [ثم خلق العقل فقال: وعزَّتي! لأُكَمِلَّنَّك فيمن أَحْبَبْتُ، ولأُنْقِصَنَّك فيمن أَبْغَضْتُ].

Teks Bahasa Melayu

Perkara pertama yang diciptakan oleh Allah adalah pena. Kemudian Allah menciptakan Nun. Ia adalah dakwat. Kemudian Allah SWT berfirman: Tulislah. Pena berkata: Apakah perkara yang perlu tulis? Allah berfirman: Tulislah apa yang akan terjadi sama ada perbuatan, kesan perbuatan tersebut, rezeki mahupun ajal. Lalu pena pun menulis apa yang akan terjadi sehingga hari kiamat. Justeru, Allah Azza Wa Jalla berfirman: (Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis). Kemudian Allah mematerikan pena menyebabkan pena tidak boleh berbicara sehingga hari kiamat. Kemudian Allah menciptakan akal. Allah berfirman: Demi kemuliaanKu, Aku akan menyempurnakan kamu untuk sesiapa yang Aku mahu dan Aku akan mengurangkan kamu untuk sesiapa yang Aku murkai.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1925, hadis no. 9664. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله ﷺ: [إن] أول شيء خلق الله القلم، ثم خلق بعده النون، وهي الدواة، ثم قال -سبحانَه وتعالى-: اكتب. فقال: وما أكتب؟ قال جل وعلا: اكتب ما يكون من عمل، أو أثر، أو رزق، [أو أجل]. فكتب ما يكون، وما هو كائنٌ إلى يوم القيامة؛ فذلك قوله - عز وجل -: {ن. والقلم وما يسطرون} ثم ختم جل وعلا على القلم، فلم ينطق، ولا ينطق إلى يوم القيامة، [ثم خلق العقلَ فقال: وعزتي! لأكملنك فيمن أحببت، ولأنقصنك فيمن أبغضت]. [الآجري في ((الشريعة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6309)]

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perkara pertama yang diciptakan oleh Allah adalah pena. Kemudian Allah menciptakan Nun. Ia adalah dakwat. Kemudian Allah SWT berfirman: Tulislah. Pena berkata: Apakah perkara yang perlu tulis? Allah berfirman: Tulislah apa yang akan terjadi sama ada perbuatan, kesan perbuatan tersebut, rezeki mahupun ajal. Lalu pena pun menulis apa yang akan terjadi sehingga hari kiamat. Justeru, Allah Azza Wa Jalla berfirman: (Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis). Kemudian Allah mematerikan pena menyebabkan pena tidak boleh berbicara sehingga hari kiamat. Kemudian Allah menciptakan akal. Allah berfirman: Demi kemuliaanKu, Aku akan menyempurnakan kamu untuk sesiapa yang Aku mahu dan Aku akan mengurangkan kamu untuk sesiapa yang Aku murkai. [Riwayat al-Ajurri dalam Syariah, Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6309]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.