Perkara pertama yang Allah tulis pada lohmahfuz

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أول شيء كتب الله عز وجل في اللوح المحفوظ: بسم الله الرحمن الرحيم، إنه من استسلم لقضائي، ورضي بحكمي، وصبر علي بلائي؛ بعثته يوم القيامة مع الصديقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara pertama yang Allah tulis pada lohmahfuz: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya sesiapa yang akur dengan qadak-Ku, reda dengan hukum-Ku dan bersabar dengan ujian-Ku; nescaya Aku bangkitkan dia di hari kiamat bersama-sama orang-orang yang jujur.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 505, hadis nombor 2693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: «أول شيء كتب الله عز وجل في اللوح المحفوظ: بسم الله الرحمن الرحيم، إنه من استسلم لقضائي، ورضي بحكمي، وصبر علي بلائي؛ بعثته يوم القيامة مع الصديقين». [فر، «الضعيفة» (5429)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Perkara pertama yang Allah tulis pada lohmahfuz: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya sesiapa yang akur dengan qadak-Ku, reda dengan hukum-Ku dan bersabar dengan ujian-Ku; nescaya Aku bangkitkan dia di hari kiamat bersama-sama orang-orang yang jujur. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5429].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.