Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Perkara pertama yang Allah tulis dalam Lauh Mahfuz

Teks Bahasa Arab

أول شيء كتب الله عز وجل في اللوح المحفوظ: بسم الله الرحمن الرحيم، إنه من استسلم لقضائي، ورضي بحكمي، وصبر علي بلائي؛ بعثته يوم القيامة مع الصديقين.

Teks Bahasa Melayu

Perkara pertama yang Allah tulis dalam Lauh Mahfuz: "Bismillahirrahmanihrrahim", sesungguhnya siapa yang menerima dengan pasrah terhadap ketetapanKu, dan redha dengan hukumKu dan bersabar dengan ujianKu; maka Aku bangkitkan dia di hari kiamat bersama-sama dengan orang yang jujur.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 505, hadis no. 2693.

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها-، قال: قال رسول الله : «أول شيء كتب الله -عز وجل- في اللوح المحفوظ: بسم الله الرحمن الرحيم، إنه من استسلم لقضائي، ورضي بحكمي، وصبر علي بلائي؛ بعثه يوم القيامة مع الصديقين». [فر، «الضعيفة» (5429)]

(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Perkara pertama yang Allah tulis dalam Lauh Mahfuz: "Bismillahirrahmanihrrahim", sesungguhnya siapa yang menerima dengan pasrah terhadap ketetapanKu, dan redha dengan hukumKu dan bersabar dengan ujianKu; maka Aku bangkitkan dia di hari kiamat bersama-sama dengan orang yang jujur. [Disebutkan oleh al-Daylami dalam Kitab Musnad al-Firdaus, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5429].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.