Perkara pertama yang Allah telah ciptakan adalah pena

TEKS BAHASA ARAB

أول ما خلق الله القلم، ثم خلق النون وهي الدواة، وذلك في قول الله: " ن. والقلم وما يسطرون "، ثم قال له: اكتب، قال: وما أكتب؟ قال: ما كان وما هو كائن من عمل أو أجل أو أثر، فجرى القلم بما هو كائن إلى يوم القيامة، ثم ختم على في القلم فلم ينطق، ولا ينطق إلى يوم القيامة، ثم خلق العقل فقال الجبار: ما خلقت خلقا أعجب إلي منك، وعزتي لأكملنك فيمن أحببت، ولأنقصنك فيمن أبغضت، وأنقص الناس عقلا أطوعهم للشيطان وأعملهم بطاعته


TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara pertama yang Allah telah ciptakan adalah pena, kemudian Allah menciptakan Nun yakni, dakwatnya. Demikian firman Allah SWT: “Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis,’ [al-Qalam: 1] Kemudian Allah berkata: Tulislah. Dan Ia menjawab: Apakah yang patut aku tulis? Allah berkata: Apa yang berlaku dan kejadian daripada amalan, ajal dan kesan. Lalu pena menulis kejadian hingga ke hari kiamat, kemudian disenyapkan pena dan ia tidak mampu bercakap hingga ke hari kiamat. Kemudian Allah menciptakan akal lalu Dia Al-Jabbar berkata: Tidak ada yang aku ciptakan yang mengagumi-Ku melainkan engkau. Demi kemuliaan-Ku akan aku menyempurnakan kamu pada sesiapa yang Aku cintai dan akan Aku kurangkan kemampuanmu pada sesiapa yang Aku benci. Sesempurna akal adalah yang paling taat kepada Allah dan amalannya yang penuh dengan ketaatan. Dan selemah-lemah akal adalah yang paling taat kepada syaitan dan amalannya yang mentaati syaitan.


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1664, hadis nombor 8408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil dan Ibn Asakir.

Ia dinilai batil oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs