Perkara pertama yang Allah katakan kepada orang-orang beriman pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن شئتم؛ أنبأتكم ما أول ما يقول الله تعالى للمؤمنين يوم القيامة، وأول ما يقولون له؟ قلنا: نعم يا رسول الله! قال: فإن الله يقول للمؤمنين: هل أحببتم لقائي؟ فيقولون: نعم يا ربنا! فيقول: لم؟ فيقولون: رجونا عفوك ومغفرتك. فيقول: قد وجبت لكم مغفرتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu mahu, aku boleh beritahu kepada kamu perkara pertama yang akan Allah katakan kepada orang-orang beriman pada hari kiamat dan perkara pertama yang mereka akan katakan kepada Allah? Kami berkata: Ya, wahai Rasulullah! Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah akan berfirman kepada orang-orang mukmin: Adakah kamu suka untuk bertemu dengan-Ku? Mereka menjawab: Ya, wahai Tuhan kami. Allah berfirman: Kenapa? Mereka menjawab: Kami mengharapkan kemaafan dan keampunan-Mu. Allah berfirman: Kamu telah mendapatkan keampunan-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1375, hadis nombor 7001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن شئتم؛ أنبأتكم ما أول ما يقول الله تعالى للمؤمنين يوم القيامة، وأول ما يقولون له؟ قلنا: نعم يا رسول الله! قال: فإن الله يقول للمؤمنين: هل أحببتم لقائي؟ فيقولون: نعم يا ربنا! فيقول: لم؟ فيقولون: رجونا عفوك ومغفرتك. فيقول: قد وجبت لكم مغفرتي.
[ابن المبارك، حم، الطيالسي، ابن أبي عاصم في ((الأوائل))، ابن أبي الدنيا في ((حسن الظن))، طب، حل، البغوي، الطبراني في ((الأ وائل))، ((الضعيفة)) (6125)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sekiranya kamu mahu, aku boleh beritahu kepada kamu perkara pertama yang akan Allah katakan kepada orang-orang beriman pada hari kiamat dan perkara pertama yang mereka akan katakan kepada Allah? Kami berkata: Ya, wahai Rasulullah! Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah akan berfirman kepada orang-orang mukmin: Adakah kamu suka untuk bertemu dengan-Ku? Mereka menjawab: Ya, wahai Tuhan kami. Allah berfirman: Kenapa? Mereka menjawab: Kami mengharapkan kemaafan dan keampunan-Mu. Allah berfirman: Kamu telah mendapatkan keampunan-Ku.
[Riwayat Ibn al-Mubarak, Ahmad dalam al-Musnad, al-Tayalisi, Ibn Abi 'Asim dalam al-Awa'il, Ibn Abi al-Dunya dalam Husn al-Zan, al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6125 ]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs