Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنْ شِئْتُمْ؛ أَنْبَأْتُكُمْ ما أَوَّلُ مَا يَقُولُ اللَّهُ تعالى لِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَا يَقُولُونَ له؟ قلنا: نعمْ يا رَسُولَ اللَّهِ! قَالَ: فإنَّ اللهَ يَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ: هَلْ أَحْبَبْتُمْ لِقَائِي؟ فَيَقُولُونَ: نَعَمْ يَا رَبَّنَا! فَيَقُولُ: لِمَ؟ فَيَقُولُونَ: رَجَوْنَا عَفْوَكَ وَمَغْفِرَتَكَ. فَيَقُولُ: قَدْ وَجَبَتْ لَكُمْ مَغْفِرَتِي.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu mahu, aku boleh beritahu kepada kamu perkara pertama yang akan Allah katakan kepada orang-orang beriman pada hari kiamat dan perkara pertama yang mereka akan katakan kepada Allah? Kami berkata: Ya, wahai Rasulullah! Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah akan berfirman kepada orang-orang mukmin: Adakah kamu suka untuk bertemu dengan-Ku? Mereka menjawab: Ya, wahai Tuhan kami. Allah berfirman: Kenapa? Mereka menjawab: Kami mengharapkan kemaafan dan keampunan-Mu. Allah berfirman: Kamu telah mendapatkan keampunan-Ku.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1375, hadis no. 7001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن شئتم؛ أنبأتكم ما أول ما يقول الله تعالى للمؤمنين يوم القيامة، وأول ما يقولون له؟ قلنا: نعم يا رسول الله! قال: فإن الله يقول للمؤمنين: هل أحببتم لقائي؟ فيقولون: نعم يا ربنا! فيقول: لم؟ فيقولون: رجونا عفوك ومغفرتك. فيقول: قد وجبت لكم مغفرتي. [ابن المبارك، حم، الطيالسي، ابن أبي عاصم في ((الأوائل))، ابن أبي الدنيا في ((حسن الظن))، طب، حل، البغوي، الطبراني في ((الأ وائل))، ((الضعيفة)) (6125)]
(Lemah) Daripada Mu'az bin Jabal RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sekiranya kamu mahu, aku boleh beritahu kepada kamu perkara pertama yang akan Allah katakan kepada orang-orang beriman pada hari kiamat dan perkara pertama yang mereka akan katakan kepada Allah? Kami berkata: Ya, wahai Rasulullah! Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah akan berfirman kepada orang-orang mukmin: Adakah kamu suka untuk bertemu dengan-Ku? Mereka menjawab: Ya, wahai Tuhan kami. Allah berfirman: Kenapa? Mereka menjawab: Kami mengharapkan kemaafan dan keampunan-Mu. Allah berfirman: Kamu telah mendapatkan keampunan-Ku. [Riwayat Ibn al-Mubarak, Ahmad dalam al-Musnad, al-Tayalisi, Ibn Abi 'Asim dalam al-Awa'il, Ibn Abi al-Dunya dalam Husn al-Zan, al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya' dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6125 ]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman