TEKS BAHASA ARAB
إن أول ما يرفع من هذه الأمة الحياء والأمانة، فسلوهما الله عز وجل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya perkara pertama yang akan diangkat daripada umat ini adalah sifat malu dan amanah. Oleh itu, mintalah keduanya (sifat malu dan amanah) kepada Allah SWT.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1320, hadis nombor 6739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إن أول ما يرفع من هذه الأمة الحياء والأمانة، فسلوهما الله عز وجل.
[هب، ((الضعيفة)) (2447)].
(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara pertama yang akan diangkat daripada umat ini adalah sifat malu dan amanah. Oleh itu, mintalah keduanya (sifat malu dan amanah) kepada Allah SWT.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2447].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.