Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أولَ ما يُرفَعُ من هذه الأمةِ الحياءُ والأمانةُ، فسَلُوهما اللهَ عز وجل.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya perkara pertama yang akan diangkat daripada umat ini adalah sifat malu dan amanah. Oleh itu, mintalah keduanya (sifat malu dan amanah) kepada Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1320, hadis no. 6739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إن أول ما يرفع من هذه الأمة الحياء والأمانة، فسلوهما الله عز وجل. [هب، ((الضعيفة)) (2447)].
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara pertama yang akan diangkat daripada umat ini adalah sifat malu dan amanah. Oleh itu, mintalah keduanya (sifat malu dan amanah) kepada Allah SWT. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2447].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman