Perkara-perkara yang amat besar kebencian di sisi Allah adalah: Makan apabila tidak lapar

TEKS BAHASA ARAB

كبر مقتا عند الله: الأكل من غير جوع، والنوم من غير سهر. والضحك من غير عجب، والرنة عند المصيبة، والمزمار عند النعمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perkara-perkara yang amat besar kebencian di sisi Allah adalah: Makan apabila tidak lapar, tidur dan tidak bangun malam, ketawa tanpa ada perkara yang mengagumkan, merungut ketika ditimpa musibah dan bersiulan ketika mendapat nikmat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis nombor 8784. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه-، عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((كبر مقتا عند الله: الأكل من غير جوع، والنوم من غير سهر. والضحك من غير عجب، والرنة عند المصيبة، والمزمار عند النعمة.)) [الخلعي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4086)]

(Sangat lemah)
Daripada Abdullah bin ‘Amr, daripada Nabi SAW baginda bersabda: ((Perkara-perkara yang amat besar kebencian di sisi Allah adalah: Makan apabila tidak lapar, tidur dan tidak bangun malam, ketawa tanpa ada perkara yang mengagumkan/melucukan, merungut ketika ditimpa musibah dan bersiulan ketika mendapat nikmat.))
[Riwayat al-Khila’i dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4086].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs