Sesungguhnya tiada agama bagi yang tiada amanah baginya, tiada solat dan tiada zakat

TEKS BAHASA ARAB

ألين هذا الدين شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله، وأشده أخا العالية الأمانة، إنه لا دين لمن لا أمانة له ولا صلاة ولا زكاة. يا أخا العالية إنه من أصاب مالا حراما فلبس جلبابا – يعني قميصا – لم تقبل صلاته حتى ينحي ذلك الجلباب عنه، إن الله تبارك وتعالى أكرم وأجل يا أخا العالية من أن يتقبل عمل رجل أو صلاته وعليه جلباب حرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Perkara) paling mudah bagi agama ini ialah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad ﷺ itu pesuruh Allah. Adapun yang paling keras – wahai saudara (kabilah) al-‘Āliyah! – ialah amanah. Sesungguhnya tiada agama buat mereka yang tiada amanah baginya. Tiada juga solat dan tiada zakat. Wahai saudara al-‘Āliyah! Sesungguhnya siapa yang mendapatkan harta daripada (sumber) yang haram, lalu dia memakai jubah – iaitu baju –, nescaya tidak akan diterima solatnya sehingga dia menanggalkan jubah itu daripada dirinya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi itu – wahai saudara al-‘Āliyah – adalah sangat mulia dan sangat agung untuk menerima amalan seseorang atau solatnya sedangkan dia mengenakan jubah daripada (sumber) yang haram.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 566, hadis nombor 2931. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً) عن علي – رضي الله عنه -، قال: كنا جلوساً مع رسول الله ﷺ، فطلع علينا رجل من أهل العالية، فقال: يا رسول الله، أخبرني بأشد شيء في هذا الدين ‌وألينه، قال: «ألينه: شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله. وأشدُّه – أخا العالية! – الأمانة؛ إنه لا دين لمن لا أمانة له، ولا صلاة، ولا زكاة. يا أخا العالية! إنه من أصاب مالاً من حرام، فلبس جلباباً – يعني: قميصاً –؛ لم تقبل صلاته حتى ينحِّي ذلك الجلباب عنه، إن الله – تبارك وتعالى – أكرم وأجل – يا أخا العالية! – من أن يتقبل عمل رجل أو صلاته وعليه جلباب حرام». [البزار، الشجري، ((الضعيفة)) (6671)].

(Sangat Munkar) Daripada Ali RA, beliau berkata: Sedang kami duduk bersama Rasulullah ﷺ, tiba-tiba muncul seorang lelaki dari penduduk al-‘Āliyah kemari, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku perkara paling keras dalam agama ini dan yang paling ringan.” Baginda bersabda: “(Perkara) yang paling lembut ialah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Adapun yang paling keras wahai saudara al-‘Āliyah! ialah amanah. Sesungguhnya tiada agama bagi yang tiada amanah baginya. Tiada juga solat dan tiada zakat. Wahai saudara al-‘Āliyah! Sesungguhnya siapa yang mendapatkan harta daripada (sumber) yang haram, lalu dia memakai jubah – iaitu baju – nescaya tidak akan diterima solatnya sehingga dia menanggalkan jubah itu daripada dirinya. Sesungguhnya Allah Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi itu – wahai saudara al-‘Āliyah – adalah sangat mulia dan sangat agung untuk menerima amalan seseorang atau solatnya sedangkan dia mengenakan jubah daripada (sumber) yang haram”. [Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad dan al-Shajarī dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6671].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs