Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَخْشَى ما أَخْشَى على أمتي كِبَرُ البَطْنِ، ومداومةُ النومِ، والكَسَلُ، وضعفُ اليقينِ.
Teks Bahasa Melayu
Perkara paling menakutkan yang aku takut terhadap Umatku, besar perut, kerap tidur, malas dan lemah keyakinan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1990, hadis no. 9966. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أخشى ما أخشى على أمتي كبر البطن، ومداومة النوم، والكسل، وضعف اليقين)). [فر، ((الضعيفة)) (2158)]
(Palsu) Daripada Jabir RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Perkara paling menakutkan yang aku takut terhadap Umatku, besar perut, kerap tidur, malas dan lemah keyakinan”. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2158]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman