Perjalanan yang disandarkan kepada al-Syafi'i menuju (Harun) al-Rasyid

TEKS BAHASA ARAB

الرحلة المنسوبة للشافعي إلى الرشيد وأن محمد بن الحسن حرضه على قتله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perjalanan yang disandarkan kepada al-Syafi’i menuju (Harun) al-Rasyid, dan bahawa Muhammad bin al-Hasan telah menghasutnya untuk membunuhnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 87, hadis nombor 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: وكذا الرحلة المنسوبة للشافعي إلى الرشيد وأن محمد بن الحسن حرضه على قتله، كله كذب موضوع.

Ibn Hajar telah berkata: Begitu juga perjalanan yang disandarkan kepada al-Syafi’i menuju (Harun) al-Rasyid, dan bahawa Muhammad bin al-Hasan telah menghasutnya untuk membunuhnya. Kesemua ini adalah dusta lagi palsu.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs