Perjalanan yang dikaitkan dengan Imam al-Syafi’i kepada al-Rasyid

TEKS BAHASA ARAB

وكذا الرحلة المنسوبة للشافعي إلى الرشيد وأن محمد بن الحسن حرضه على قتله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dan begitu juga perjalanan yang dikaitkan dengan Imam al-Syafii kepada al-Rasyid dan bahawa Muhammad bin al-Hassan telah menghasutnya untuk membunuhnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 220, hadis nombor 420. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وإن أخرجها البيهقي في مناقب الشافعي وغيره، فهي مكذوبة.

Walaupun ia telah disenaraikan oleh al-Bayhaqi dalam Kitab Manaqib al-Syafi’i dan selainnya, ia adalah dusta.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs