Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وَكَذَا الرِّحْلَةُ الْمَنْسُوبَةُ لِلشَّافِعِيِّ إِلَى الرَّشِيدِ وَأَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ الْحَسَنِ حَرَّضَهُ عَلَى قَتْلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Dan begitu juga perjalanan yang dikaitkan dengan Imam al-Syafii kepada al-Rasyid dan bahawa Muhammad bin al-Hassan telah menghasutnya untuk membunuhnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 220, hadis no. 420. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وإن أخرجها البيهقي في مناقب الشافعي وغيره، فهي مكذوبة.
Walaupun ia telah disenaraikan oleh al-Bayhaqi dalam Kitab Manaqib al-Syafi'i dan selainnya, ia adalah dusta.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman