Perjalanan itu (hanya patut) dibuat untuk ke empat buah masjid

TEKS BAHASA ARAB

تعمل الرحال إلى أربعة مساجد: إلى المسجد الحرام، ومسجدي هذا، والمسجد الأقصى، وإلى مسجد الجند.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perjalanan itu (hanya patut) dibuat untuk ke empat buah masjid: ke Masjidilharam, masjidku ini, Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Janad.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 336, hadis nombor 1764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بذكر: (مسجد الجند)) عن عبد الله بن عمرو- رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((تُعْمَلُ الرِّحالُ إلى أربعةِ مساجدَ: إلى المسجدِ الحرامِ، ومسجدي هذا، والمسجدِ الأقصى، وإلى مسجدِ الجَنَد)). [ذكره ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6346)].

(Batil dengan sebutan Masjid al-Janad) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Perjalanan itu (hanya patut) dibuat untuk ke empat buah masjid: ke Masjidilharam, masjidku ini, Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Janad.” [Ibn ‘Abd al-Barr menyebutnya dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6346].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs