Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُعْمَلُ الرِّحالُ إلى أربعةِ مساجدَ: إلى المسجدِ الحرامِ، ومسجدي هذا، والمسجدِ الأقصى، وإلى مسجدِ الجَنَد.
Teks Bahasa Melayu
Perjalanan itu (hanya patut) dibuat untuk ke empat buah masjid: ke Masjidilharam, masjidku ini, Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Janad.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 336, hadis no. 1764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل بذكر: (مسجد الجند)) عن عبد الله بن عمرو- رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((تُعْمَلُ الرِّحالُ إلى أربعةِ مساجدَ: إلى المسجدِ الحرامِ، ومسجدي هذا، والمسجدِ الأقصى، وإلى مسجدِ الجَنَد)). [ذكره ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6346)].
(Batil dengan sebutan Masjid al-Janad) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Perjalanan itu (hanya patut) dibuat untuk ke empat buah masjid: ke Masjidilharam, masjidku ini, Masjid al-Aqsa dan Masjid al-Janad.” [Ibn ‘Abd al-Barr menyebutnya dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6346].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman