Peristiwa sebahagian mereka melompat atas sebahagian yang lain seperti lompatan unta atas unta

TEKS BAHASA ARAB

يقبض الله العلماء قبضا ويقبض العلم معهم، فينشأ أحداث ينزو بعضهم على بعض نزو العير، على العير ويكون الشيخ فيهم مستضعفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah akan mematikan ulama’ dan mematikan (menghilangkan) ilmu bersama mereka. Lalu mulalah peristiwa sebahagian mereka melompat atas sebahagian yang lain seperti lompatan unta atas unta dan syeikh dalam kalangan mereka adalah orang yang lemah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1388, hadis nombor 7050. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بجملة: (النزو))
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: يقبض الله العلماء قبضا ويقبض العلم معهم، فينشأ أحداث ينزو بعضهم على بعض نزو العير، على العير ويكون الشيخ فيهم مستضعفا.
[طس، ((الضعيفة)) (6752)]

(Munkar dengan ungkapan: (Lompatan))
Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Allah akan mematikan ulama’ dan mematikan (menghilangkan) ilmu bersama mereka. Lalu mulalah peristiwa sebahagian mereka melompat atas sebahagian yang lain seperti lompatan unta atas unta dan syeikh dalam kalangan mereka adalah orang yang lemah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6752]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs