Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Perintah supaya mengecilkan suapan ketika makan

Teks Bahasa Arab

‌الأَمْرُ ‌بِتَصْغِيرِ ‌اللُّقْمَةِ ‌فِي ‌الأَكْلِ ‌وَتَدْقِيقِ ‌الْمَضْغِ.

Teks Bahasa Melayu

Perintah supaya mengecilkan suapan ketika makan dan menghancurkan kunyahan.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 18, hadis no. 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: لا يصح. لكن نقل العبادي، عن الربيع، عن الشافعي، أنه قال: في الأكل أربع سنن، فذكر الجلوس على اليسرى، وتصغير اللقمة، والمضغ الشديد، ولعق الأصابع. قال ابن العماد: وهذا مخالف لما ذكر النووي. انتهى. واستدل الجد بقوله -صلى الله عليه وسلم-: "حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه". قال: فإن تصغير لقيمات، دليل واضح على استحباب تصغير اللقم. قال: ثم رأيت أبا طالب المكي، استدل بها فحمدت الله على موافقته.

Al-Nawawi berkata: "Tidak sahih". Namun Al-'Abbadi telah menukilkan daripada Ar-Rabie', daripada al-Shafi'ei, bahawa beliau berkata: "Dalam makan ada empat sunnah", lalu beliau menyebut: "Duduk di atas kaki kiri, mengecilkan suapan, mengunyah dengan bersungguh dan menjila jari-jari". Ibn Al-'Imad berkata: "Ini bercanggah dengan apa yang telah disebutkan oleh al-Nawawi". Al-Jadd (Najmuddin Al-'Amiri) berdalilkan sabda Baginda SAW: "Cukuplah bagi anak beberapa suapan kecil yang akan menegakkan sulbinya". Dia berkata lagi: "Sesungguhnya tasghir luqaimaat (beberapa suapan kecil) adalah dalil yang jelas terhadap galakkan mengecilkan suapan-suapan". Al-Jadd berkata: "Kemudian, aku melihat Abu Talib Al-Makki turut berdalilkan hadith ini, lalu aku bertahmid memuji Allah kerana menyepakatinya".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.