Peringkat umatku ada lima peringkat

TEKS BAHASA ARAB

طبقات أمتي خمس طبقات كل طبقة منها أربعون سنة فطبقتي وطبقة أصحابي أهل العلم والإيمان والذين يلونهم إلى الثمانين أهل البر والتقوى والذين يلونهم إلى العشرين ومائة أهل التراحم والتواصل والذين يلونهم إلي الستين ومائة أهل التقاطع والتدابر والذين يلونهم إلى المائتين أهل الهرج والحروب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Peringkat umatku ada lima peringkat, setiap peringkat mereka adalah 40 tahun. Umat peringkatku dan peringkat sahabatku adalah dalam kalangan ahli ilmu dan iman. Orang-orang selepas mereka hingga 80 tahun adalah orang-orang yang baik dan bertaqwa. Orang-orang selepas mereka pula hingga 120 tahun adalah golongan yang saling berkasih sayang dan saling menyambung hubungan. Orang-orang selepas mereka hingga 160 tahun adalah golongan yang saling memutuskan hubungan dan saling membelakangi. Manakala orang-orang selepas mereka hingga 200 tahun adalah golongan kacau bilau dan peperangan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 51, hadis nombor 272. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dan berbaki peringkat keenam adalah golongan yang memalsukan dan berdusta atas nama Rasulullah SAW. Penulis (al-Suyuti) telah menyandarkan pembohongan ini kepada Ibn ‘Asakir daripada Anas sedangkan ia terdapat dalam Sunan Ibn Majah dan merupakan salah satu hadith palsu yang terdapat dalam Sunan tersebut.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.