Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زَينُ الصَّلاةِ الحذاءُ.
Teks Bahasa Melayu
Perhiasan solat ialah kasut.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 356, hadis no. 1896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي - رضي الله عنه - مرفوعا: «زين الصلاة الحذاء». [تمام، عد، «الضعيفة» (689)].
(Palsu) Daripada Ali RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Perhiasan solat ialah kasut". [Diriwayatkan oleh Tammam dalam al-Fawa’id dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 689].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman