Perhiasan para jemaah haji ialah orang Yaman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

زين الحاج أهل اليمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perhiasan para jemaah haji ialah orang Yaman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1839, hadis nombor 9274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن محمد بن حيان الهذلي: حدثني أبي، عن جدي، قال: كنا عند عبدالله بن عمر، فذكروا حجّ أهل اليمن وما يصنعون فيه، فسبّهم بعض القوم، فقال ابن عمر: لا تسبّوا أهل اليمن وما يصنعون؛ فإني سمعت رسول الله ﷺ يقول: زين الحاجّ أهل اليمن. [الخطيب في (التلخيص)، ((الضعيفة)) (3671)]

(Lemah) Daripada Mu‘az bin Muhammad bin Hayyan al-Huzali: Bapa saya telah menyampaikan kepada saya, daripada datuk saya, dia berkata: Kami pernah berada di sisi ‘Abdullah bin ‘Umar, lalu mereka menyebut haji orang Yaman dan apa yang mereka lakukan dalamnya. Lalu sebahagian kaum mencaci mereka, lantas Ibn ‘Umar berkata: Janganlah kalian mencaci penduduk Yaman dan apa yang mereka lakukan kerana sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Perhiasan para jemaah haji ialah orang Yaman.
[Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3671]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.