Perhiasan dalam kalangan orang yang mengerjakan haji adalah penduduk Yaman

TEKS BAHASA ARAB

زين الحاج أهل اليمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perhiasan dalam kalangan orang yang mengerjakan haji adalah penduduk Yaman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis nombor 3796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن محمد بن حيان الهذلي: حدثني أبي، عن جدي قال: كنا عند عبد الله بن عمر، فذكروا حج أهل اليمن وما يصنعون فيه، فسبهم بعض القوم، فقال ابن عمر: لا تسبوا أهل اليمن وما يصنعون؛ فإني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((زين الحاج أهل اليمن)). [الخطيب في ((التلخيص))، ((الضعيفة)) (3671)]

(Lemah)
Daripada Muaz bin Muhammad bin Hayyan al-Huzali: Ayahku bercerita kepadaku daripada datukku berkata: Kami sedang berada di sisi Abdullah bin Umar RA, lalu mereka menyebutkan tentang haji penduduk Yaman serta apa yang mereka lakukan ketika itu, lalu mereka dikutuk oleh sebahagian kaum, lalu Ibn Umar berkata: Janganlah kamu mengeji penduduk Yaman dan apa yang telah mereka lakukan, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Perhiasan dalam kalangan orang yang mengerjakan haji adalah penduduk Yaman.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3671]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs