TEKS BAHASA ARAB
زين الصلاة الحذاء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perhiasaan solat ialah selipar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 41, hadis nombor 212. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia melalui riwayat Muhammad bin al-Hajjaj, para huffaz berkata: Sesungguhnya beliaulah yang memalsukan hadith tersebut, maksud hadith tersebut sebagai tafsiran kepada firman Allah Ta'ala (yang bermaksud): Ambillah perhiasaan kamu setiap kali ke masjid (solat).
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.