Perhatikanlah selipar-selipar kamu di pintu-pintu masjid kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تعاهدوا تفقدوا نعالكم عند أبواب المساجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perhatikanlah selipar-selipar kamu di pintu-pintu masjid kamu (jika ada kotoran maka bersihkannya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 257, hadis nombor 1331. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((تعاهدوا تفقدوا نعالكم عند أبواب المساجد)). [خط، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (2495، 3018)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda: Perhatikanlah selipar-selipar kamu di pintu-pintu masjid kamu (jika ada kotoran maka bersihkannya).
[Riwayat al-Khatib dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2495, 3018]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.