Pergilah memanah dan tunggang kuda

TEKS BAHASA ARAB

انتضلوا واركبوا وأن تنتضلوا أحب إلي. وإن الله عز وجل ليدخل بالسهم الواحد ثلاثة الجنة صانعه المحتسب فيه والممد به والرامي به. وإن الله عز وجل ليدخل بلقمة الخبز وقبضة التمر ومثله مما ينتفع به المسكين ثلاثة الجنة: رب البيت الآمر به، والزوجة تصلحه والخادم الذي يناول المسكين. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الحمد لله الذي لم ينس خدمنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pergilah memanah dan tunggang kuda. Aku lebih suka kalian memanah. Dengan satu anak panah, Allah akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga. Pembuat anak panah, orang yang membantu dalam pembuatannya dan orang yang melepaskan anak panah. Dengan sepotong roti, segenggam kurma dan yang seumpama dengannya yang boleh dimanfaatkan oleh orang miskin, Allah akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga. Tuan rumah yang memerintahkan agar ianya dilakukan, isteri kepada tuan rumah yang memperbaiki urusan rumah dan pembantu yang memberi makan kepada orang miskin. Rasulullah SAW bersabda : Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan pembantu -pembantu kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 902, hadis nombor 4621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: انتضلوا واركبوا وأن تنتضلوا أحب إلي. وإن الله عز وجل ليدخل بالسهم الواحد ثلاثة الجنة صانعه المحتسب فيه والممد به والرامي به. وإن الله عز وجل ليدخل بلقمة الخبز وقبضة التمر ومثله مما ينتفع به المسكين ثلاثة الجنة: رب البيت الآمر به والزوجة تصلحه والخادم الذي يناول المسكين. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الحمد لله الذي لم ينس خدمنا. [طس, الضعيفة (7007)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Pergilah memanah dan tunggang kuda. Aku lebih suka kalian memanah. Dengan satu anak panah, Allah akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga. Pembuat anak panah, orang yang membantu dalam pembuatannya dan orang yang melepaskan anak panah. Dengan sepotong roti, segenggam kurma dan yang seumpama dengannya yang boleh dimanfaatkan oleh orang miskin, Allah akan memasukkan tiga orang ke dalam syurga. Tuan rumah yang memerintahkan agar ianya dilakukan, isteri kepada tuan rumah yang memperbaiki urusan rumah dan pembantu yang memberi makan kepada orang miskin. Rasulullah SAW bersabda : Segala puji bagi Allah yang tidak melupakan pembantu -pembantu kami. [Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Awsat, Al-Dha’ifah no 7007].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs