Pergilah lihat ke kuburan

TEKS BAHASA ARAB

اطلع في القبور، واعتبر بالنشور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pergilah lihat ke kuburan, dan ambillah pengajaran daripada kebangkitan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2006, hadis nombor 10064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس– رضي الله عنه – قال: جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فشكا إليه قسوة القلب فقال: اطلع في القبور، واعتبر بالنشور.
[فر، ((الضعيفة)) (2799)]

(Palsu)
Daripada Anas RA berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia mengadu kerasnya hati, lalu dia menjawab: Pergilah lihat ke kuburan, dan ambillah pengajaran daripada kebangkitan.
[Riwayat al-Dailamy dalam kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2799]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs