Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اطَّلِع في القبورِ، واعتَبِر بالنُّشورِ.
Teks Bahasa Melayu
Pergilah lihat ke kuburan, dan ambillah pengajaran daripada kebangkitan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2006, hadis no. 10064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس– رضي الله عنه – قال: جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فشكا إليه قسوة القلب فقال: اطلع في القبور، واعتبر بالنشور. [فر، ((الضعيفة)) (2799)]
(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu dia mengadu kerasnya hati, lalu dia menjawab: Pergilah lihat ke kuburan, dan ambillah pengajaran daripada kebangkitan. [Riwayat al-Dailamy dalam kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2799]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman