Pergilah ke Syam

TEKS BAHASA ARAB

أتدرون ما يقول الله تعالى في الشام؟ يقول: يا شام! يدي عليكِ، يا شامُ، أنت صفوتي من بلادي، أدخل فيك خيرتي من عبادي، إن الله قد تكفل لي بالشام وأهله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pergilah ke Syam. Apabila Baginda melihat aku tidak menyukai Syam, Baginda bersabda: Adakah kamu tahu apa yang Allah sebut tentang Syam? Allah berfirman: Wahai Syam, tangan-Ku berada di atas kamu wahai Syam. Kamu adalah negeri yang aku pilih. Aku masukkan hambaku yang terbaik kepadamu. Sesungguhnya Allah menjamin kepadaku untuk menjaga Syam dan penduduknya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1947, hadis nombor 9752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق)
عن عبد الله بن حوالة الأزدي أنه قال: يا رسول الله! خِر لي بلداً أكون فيه، فلو أعلم أنك تبقى؛ ما اخترت على قربك شيئاً. قال: عليك بالشام لما. فلما رأى كراهتي للشام؛ قال: أتدرون ما يقول الله تعالى في الشام؟ يقول: يا شام! يدي عليكِ، يا شامُ، أنت صفوتي من بلادي، أدخل فيك خيرتي من عبادي، إن الله تعالى قد تكفل لي بالشام وأهله.
[طب، ابن عساكر، أبو الحسن الربعي في ((الفضائل الشام))، ((الضعيفة)) (6775)]

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Abdullah Bin Hawalah Al-Azdi, beliau berkata: Wahai Rasulullah, pilih satu negeri untuk aku menetap padanya. Jika aku tahu kamu masih ada, aku tidak akan pilih apa-apa selain dekat kepada kamu. Baginda bersabda: Pergilah ke Syam. Apabila Baginda melihat aku tidak menyukai Syam, Baginda bersabda: Adakah kamu tahu apa yang Allah sebut tentang Syam? Allah berfirman: Wahai Syam, tangan-Ku berada di atas kamu wahai Syam. Kamu adalah negeri yang aku pilih. Aku masukkan hambaku yang terbaik kepadamu. Sesungguhnya Allah menjamin kepadaku untuk menjaga Syam dan penduduknya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasq dan Abu Hasan al-Rubaie dalam al-Fadhail Syam. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6775]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs