Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Pergilah ke pasar dan belikanlah selipar buatnya, namun bukanlah warna hitam

Teks Bahasa Arab

انطلقْ إلى السوقِ، واشترِ له نعلًا، ولا تكُنْ سوداءَ، واشتَرِ له خاتمًا، وليكُنْ فصُّه عقيقًا؛ فإنَّه من تختَّم بالعقيقِ؛ لم يُقضَ له إلَّا الَّذي هو أسعدُ.

Teks Bahasa Melayu

Pergilah ke pasar dan belikanlah selipar buatnya, namun bukanlah warna hitam. Belikan juga sebentuk cincin buatnya, dan hendaklah batunya daripada batu akik. Kerana sesungguhnya sesiapa yang mengenakan cincin berbatu akik, nescaya tiada ketetapan qadak baginya melainkan yang paling membahagiakan.

Sahabat Perawi

  1. Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 517-518, hadis no. 2748.

(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: أتی بعض بني جعفر إلى النبي ﷺ فقال: بأبي أنت وأمي يا رسول الله! أرسل معي من يشتري لي نعلا وخاتما. فدعا النبي ﷺ بلالا، فقال: «انطلق إلى السوق، واشتر له نعلا، ولا تكن سوداء، واشتر له خاتما، وليكن فصه عقيقا؛ فإنه من تختم بالعقيق؛ لم يقض له إلا الذي هو أسعد». [ابن حبان في ((الثقات))، طس، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5763)].

(Palsu) Daripada 'Aishah RA, beliau berkata: Beberapa orang daripada Bani Ja'far datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: "Ayah dan ibuku menjadi tebusanmu wahai Rasulullah! Kirimkanlah bersamaku seseorang yang (boleh) membelikan aku selipar dan cincin". Maka Nabi ﷺ memanggil Bilal dan bersabda kepadanya: "Pergilah ke pasar dan belikanlah selipar buatnya, namun bukanlah warna hitam. Belikan juga sebentuk cincin buatnya, dan hendaklah batunya daripada batu akik. Kerana sesungguhnya sesiapa yang mengenakan cincin berbatu akik, nescaya tiada ketetapan qadak baginya melainkan yang paling membahagiakan". [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5763].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.