Pergilah kamu wahai wanita dan beritahulah wanita di belakangmu

TEKS BAHASA ARAB

انصرفي أيتها المرأة، وأعلمي من وراءك من النساء أن حسن تبعل إحداكن لزوجها، وطلبها مرضاته، وأتباعها موافقته يعدل ذلك كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pergilah kamu wahai wanita dan beritahulah wanita di belakangmu daripada kalangan wanita bahawa baiknya layanan salah seorang daripada kamu terhadap suaminya dan mengharap keredhaannya, dan mengikutinya dengan apa yang dia persetujui menyamai keseluruhan kebaikan tadi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 758, hadis nombor 3877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسماء بنت يزيد الأنصارية من بني عبد الأشهل: أنها أتت النبي صلى اللّه عليه وسلم وهو بين أصحابه، فقالت: بأبي أنت وأمي يا رسول الله! أنا وافدة النساء إليك واعلم – نفسي لك الفداء – أثه ما من امرأة كانت في شرق ولا غرب سمعت بمخرجي هذا أو لم تسمع إلا وهي على مثل رأيي: أن الله بعثك إلى الرجال والنساء كافة؛ فآمنا بك وبإلهك، وإنا – معشر النساء – ‌محصورات، مقصورات، قواعد بيوتكم، ومقضى شهواتكم، وحاملات أولادكم، وأنكم – معاشر الرجال – فضلتم علينا بالجمع والجماعات، وعيادة المرضى وشهود الجنائز، والحج بعد الحج، وأفضل من ذلك الجهاد في سبيل الله، وأن الرجل منكم إذا خرج حاجا أو معتمرا أو مرابطا؛ حفظنا لكم أموالكم، وغزلنا لكم أثوابكم، وربينا لكم أولادكم؛ أفما نشارككم في هذا الخير يا رسول الله؟ فالتفت النبي صلى الله عليه وسلم إلى أصحابه بوجهه كله، ثم قال: ((سمعتم مقالة امرأة قط أحسن من مساءلتها عن أمر دينها من هذه؟)) قالوا: يا رسول الله! ما ظننا أن امرأة تهتدي إلى مثل هذا! فالتفت النبي صلى الله عليه وسلم إليها ثم قال: ((انصرفي أيتها المرأة، وأعلمي من وراءك من النساء أن حسن تبعل إحداكن لزوجها، وطلبها مرضاته، وأتباعها موافقته يعدل ذلك كله)) قال: فأدبرت المرأة وهي تهلل وتكبر استبشارا.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6242)]

(Lemah) Daripada Asma’ binti Yazid al-Ansariyyah dari Bani Abd al-Asyhal: Bahawa dia datang berjumpa Nabi SAW yang pada ketika itu sedang bersama sahabat-sahabat baginda dan berkata: Apa saja untukmu Rasulullah (walau) ayah dan ibuku menjadi galang ganti! Aku datangkan wakil dari kalangan wanita kepadamu dan ketahuilah – aku sanggup menjadi gantian kepada dirimu (jika engkau ditawan) – bahawa tiada perempuan di timur dan di barat yang mendengar keluarnya aku ini atau tidak mendengar melainkan dia seperti pendapatku ini: Bahawa Allah mengutuskan kamu kepada lelaki dan perempuan seluruhnya, lalu kami beriman denganmu dan dengan Tuhanmu, dan kami sekalian wanita tertutup dan terbatas menjadi penunggu rumah-rumah kamu, dan tempat kamu melepaskan syahwat, mengandungkan anak-anak kamu, dan kalian wahai kaum lelaki, kamu melebihi kami pada solat jumaat, solat berjemaah, menziarahi orang yang sakit serta menyaksikan jenazah, haji selepas haji, dan yang lebih baik daripada itu adalah berjihad di jalan Allah, dan seorang lelaki dari kamu, jika keluar melakukan haji atau umrah atau berjaga di sempadan, kami menjaga harta-harta kamu, dan menjahit pakaian kamu, dan kami menjaga anak-anak kamu. Bolehkah kami menyertai kamu semua dalam kebaikan-kebaikan ini wahai Rasulullah SAW? Lalu Nabi SAW berpaling kepada semua sahabatnya dengan wajahnya kemudian bersabda: “Adakah kamu pernah mendengar perkataan seorang wanita yang tentang agamanya lebih baik daripada ini?” Mereka berkata: Wahai Rasulullah SAW! Kami tidak menyangka wanita ini boleh berkata-kata seperti ini! Lalu Nabi SAW berpaling kepadanya lalu berkata: “Pergilah kamu wahai wanita dan beritahulah wanita di belakangmu daripada kalangan wanita bahawa baiknya layanan salah seorang daripada kamu terhadap suaminya dan mengharap keredhaannya, dan mengikutinya dengan apa yang dia persetujui menyamai keseluruhan kebaikan tadi.” Dia berkata: Maka wanita itu berpaling dalam keadaan bertahlil dan bertakbir kegembiraan.”
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6242]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs