Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انصرِفي أيَّتُها المرأةُ وأعلِمي من وراءكِ من النِّساءِ أن حُسنَ تَبعُّلِ إحداكنَّ لزوجِها وطلبَها مَرضاتَهُ واتِّباعَها موافقتهُ يعدِلُ ذلِكَ كلَّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Pergilah kamu wahai wanita dan beritahulah wanita di belakangmu daripada kalangan wanita bahawa baiknya layanan salah seorang daripada kamu terhadap suaminya dan mengharap keredhaannya, dan mengikutinya dengan apa yang dia persetujui menyamai keseluruhan kebaikan tadi.
Sahabat Perawi
- Asma’ binti Yazid al-Ansariyyah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 758, hadis no. 3877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Asma’ binti Yazid al-Ansariyyah dari Bani Abd al-Asyhal: Bahawa dia datang berjumpa Nabi SAW yang pada ketika itu sedang bersama sahabat-sahabat baginda dan berkata: Apa saja untukmu Rasulullah (walau) ayah dan ibuku menjadi galang ganti! Aku datangkan wakil dari kalangan wanita kepadamu dan ketahuilah – aku sanggup menjadi gantian kepada dirimu (jika engkau ditawan) – bahawa tiada perempuan di timur dan di barat yang mendengar keluarnya aku ini atau tidak mendengar melainkan dia seperti pendapatku ini: Bahawa Allah mengutuskan kamu kepada lelaki dan perempuan seluruhnya, lalu kami beriman denganmu dan dengan Tuhanmu, dan kami sekalian wanita tertutup dan terbatas menjadi penunggu rumah-rumah kamu, dan tempat kamu melepaskan syahwat, mengandungkan anak-anak kamu, dan kalian wahai kaum lelaki, kamu melebihi kami pada solat jumaat, solat berjemaah, menziarahi orang yang sakit serta menyaksikan jenazah, haji selepas haji, dan yang lebih baik daripada itu adalah berjihad di jalan Allah, dan seorang lelaki dari kamu, jika keluar melakukan haji atau umrah atau berjaga di sempadan, kami menjaga harta-harta kamu, dan menjahit pakaian kamu, dan kami menjaga anak-anak kamu. Bolehkah kami menyertai kamu semua dalam kebaikan-kebaikan ini wahai Rasulullah SAW? Lalu Nabi SAW berpaling kepada semua sahabatnya dengan wajahnya kemudian bersabda: “Adakah kamu pernah mendengar perkataan seorang wanita yang tentang agamanya lebih baik daripada ini?” Mereka berkata: Wahai Rasulullah SAW! Kami tidak menyangka wanita ini boleh berkata-kata seperti ini! Lalu Nabi SAW berpaling kepadanya lalu berkata: “Pergilah kamu wahai wanita dan beritahulah wanita di belakangmu daripada kalangan wanita bahawa baiknya layanan salah seorang daripada kamu terhadap suaminya dan mengharap keredhaannya, dan mengikutinya dengan apa yang dia persetujui menyamai keseluruhan kebaikan tadi.” Dia berkata: Maka wanita itu berpaling dalam keadaan bertahlil dan bertakbir kegembiraan.” [Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6242]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman