Pergilah dan cabut pokoknya

TEKS BAHASA ARAB

اذهب فاقلع نخله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pergilah dan cabut pokoknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 594, hadis nombor 3063. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة بن جندب –رضي الله عنه– قال: أنه كانت ‌له ‌عضد من نخل في حائط رجل من الأنصار، قال: ومع الرجل أهله، قال: فكان سمرة يدخل إلى نخله، فيتأذى به، ويشق عليه، فطلب إليه أن يبيعه، فأبى، فطلب إليه أن يناقله فأبى، فأتى النبي صلى الله عليه وسلم فذكر له، فطلب إليه النبي صلى الله عليه وسلم أن يبيعه، فأبى، فطلب إليه أن يناقله، فأبى، قال: فهبه له ولك كذا وكذا، أمرا رغبه فيه، فأبى، فقال: أنت مضار . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للأنصاري: ((اذهب فاقلع نخله)). [د، ((الضعيفة)) (1375)].

(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA berkata, dia pernah memiliki sebatang pokok kurma dalam kawasan pagar seorang lelaki Ansar. Dia berkata: “Lelaki tersebut ada keluarga.” Samurah sentiasa masuk ke kawasan pokoknya yang menyebabkan dia (lelaki Ansar itu) merasa terganggu dan susah. Maka dia minta untuk (Samurah) menjual pokok itu, namun (Samurah) enggan. Lalu dia memintanya lagi untuk mengalihkan (pokok itu), namun (Samurah) enggan. Maka dia datang kepada Nabi SAW lalu menceritakan hal itu kepada Baginda. Lantas Nabi SAW meminta (Samurah) untuk menjualnya, namun dia menolak. Baginda pinta untuk dia mengalihkannya juga dia enggan. (Lelaki Ansar) berkata: “Kalau begitu berikanlah (pokok itu) kepadanya dan kamu akan mendapat begini dan begini” – iaitu perkara yang (Samurah) sukai. Namun dia tetap tidak mahu. Dia pun menambah : "Kamu ini memudaratkan". Lalu Rasulullah SAW berkata kepada lelaki Ansar itu: ((Pergilah dan cabut pokoknya)). [Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan. Lihat as-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1375].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs