Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اذهَبْ فاقْلَعْ نَخْلَه.
Teks Bahasa Melayu
Pergilah dan cabut pokoknya.
Sahabat Perawi
- Samurah bin Jundub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 594, hadis no. 3063.
(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA berkata, dia pernah memiliki sebatang pokok kurma dalam kawasan pagar seorang lelaki Ansar. Dia berkata: “Lelaki tersebut ada keluarga.” Samurah sentiasa masuk ke kawasan pokoknya yang menyebabkan dia (lelaki Ansar itu) merasa terganggu dan susah. Maka dia minta untuk (Samurah) menjual pokok itu, namun (Samurah) enggan. Lalu dia memintanya lagi untuk mengalihkan (pokok itu), namun (Samurah) enggan. Maka dia datang kepada Nabi SAW lalu menceritakan hal itu kepada Baginda. Lantas Nabi SAW meminta (Samurah) untuk menjualnya, namun dia menolak. Baginda pinta untuk dia mengalihkannya juga dia enggan. (Lelaki Ansar) berkata: “Kalau begitu berikanlah (pokok itu) kepadanya dan kamu akan mendapat begini dan begini” - iaitu perkara yang (Samurah) sukai. Namun dia tetap tidak mahu. Dia pun menambah : "Kamu ini memudaratkan". Lalu Rasulullah SAW berkata kepada lelaki Ansar itu: ((Pergilah dan cabut pokoknya)). [Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan. Lihat as-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1375].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman