Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اذهَبوا فَقاسِموهُم أَنصافَ الأَموالِ، ولا تَمَسُّوا ذَراريَّهُم، لَولا أنَّ اللهَ لا يُحِبُّ ضَلالةَ العَمَلِ ما رَزَيْناكُم عِقالًا.
Teks Bahasa Melayu
Pergilah dan bahagikanlah untuk mereka separuh harta. Dan jangan sentuh anak-anak mereka. Kalaulah tidak kerana Allah tidak sukakan amalan sia-sia, nescaya kami tidak akan kurangkan daripada kamu walaupun seutas tali unta.
Sahabat Perawi
- al-Zubaib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 985, hadis no. 5079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Dhaif) Daripada al-Zubaib RA berkata, “Nabi Allah SAW mengutuskan tentera ke Bani al-‘Anbar. Mereka ditawan di “Rukbah” di hujung Taif. Lantas mereka diiringi kepada Nabi Allah SAW, lalu aku pun datang menunggang haiwan. Aku mendahului mereka kepada Nabi SAW, lalu aku berkata, “salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi Allah, dan rahmat dan keberkatan-Nya. Tentera kamu datang lalu menawan kami. Sesungguhnya kami telah memeluk Islam dan telah memotong hujung telinga haiwan-haiwan ternakan kami (sebagai tanda Islam).” Apabila tiba Bal’anbar Nabi Allah SAW bersabda kepadaku: ((adakah kalian mempunyai bukti bahawa kalian telah memeluk Islam sebelum kamu ditawan hari ini?)) Aku menjawab, “ya.” Baginda bersabda: ((apa buktimu?)) Aku menjawab, “Samurah, seorang lelaki dari Bani al-‘Anbar.” Dan seorang lagi lelaki yang dinamakan kepadanya. Lalu lelaki itu pun bersaksi untuknya; manakala Samurah enggan bersaksi. Maka Nabi SAW bersabda:, ((sesungguhnya dia telah enggan bersaksi untukmu. Adakah kamu mahu bersumpah bersama-sama saksimu yang seorang lagi itu?)) Aku menjawab, “ya.” Maka baginda pun memintaku bersumpah. Lantas aku pun bersumpah demi Allah “sesungguhnya kami telah memeluk Islam pada hari sekian sekian, dan kami telah memotong hujung telinga haiwan-haiwan ternakan kami.” Lalu Nabi Allah SAW pun bersabda, ((pergilah dan bahagikanlah untuk mereka separuh harta. Dan jangan sentuh anak-anak mereka. Kalaulah tidak kerana Allah tidak sukakan amalan sia-sia, nescaya kami tidak akan kurangkan daripada kamu walaupun seutas tali unta.)) al-Zubaib berkata, “ibuku pun memanggilku lalu berkata, “lelaki ini telah mengambil kain alasku.” Lantas dia pun pergi ke Nabi SAW, iaitu dia memberitahunya. Lalu baginda bersabda kepadaku, ((tangkaplah dia.)) Maka aku pun menangkapnya dengan kain di tengkuknya. Dan aku berdiri bersamanya. Kemudian Nabi Allah SAW melihat kami berdua sedang berdiri maka baginda bersabda, ((apa yang kamu mahukan daripada tawanan kamu ini?)) Lantas aku lepaskannya dari tanganku. Maka Nabi SAW berdiri dan bersabda kepada lelaki itu, ((pulangkanlah kain alas ibunya yang kamu ambil daripadanya.)) Dia berkata, “wahai Nabi Allah! Ianya sudah hilang dariku.” Maka Nabi Allah SAW pun mencabut pedang lelaki itu lalu memberikannya kepadaku dan bersabda kepada lelaki itu, ((pergilah dan tambahkan beberapa gantang makanan.)) Dia berkata, “lalu dia pun menambahkan beberapa gantang barli.” [Sunan Abi Dawud. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2731]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman