Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغدو والرواح في تعلم العلم أفضل عند الله من الجهاد في سبيل الله عز وجل.
Teks Bahasa Melayu
Pergi dan pulang menuntut ilmu lebih utama di sisi Allah daripada berjihad di jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 997, hadis no. 5139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: الغدو والرواح في تعلم العلم أفضل عند الله من الجهاد في سبيل الله عز وجل. [فر، الضعيفة (3964)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pergi dan pulang menuntut ilmu lebih utama di sisi Allah daripada berjihad di jalan Allah. [Riwayat al-Firdausi oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3964].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman