TEKS BAHASA ARAB
سوء المجالسة شح وفحش وسوء خلق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pergaulan yang buruk adalah bakhil, kata-kata keji dan akhlak yang buruk.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 45, hadis nombor 231. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia kalam yang lemah lagi rosak maknanya. Perawinya sendiri adalah munkar al-hadith (perawi hadis munkar), lalu bagaimana pula jika dia meriwayatkannya secara mursal dan tidak menyebutkan siapakah perawi yang menceritakan hadith tersebut?
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.