Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Pergaulan yang buruk adalah bakhil

Teks Bahasa Arab

سُوءُ المُجَالَسَةِ شُحٌّ وَفُحْشٌ وَسُوءُ خُلُقٍ

Teks Bahasa Melayu

Pergaulan yang buruk adalah bakhil, kata-kata keji dan akhlak yang buruk.

Sahabat Perawi

  1. Sulaiman bin Musa

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 45, hadis no. 231. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia kalam yang lemah lagi rosak maknanya. Perawinya sendiri adalah munkar al-hadith (perawi hadis munkar), lalu bagaimana pula jika dia meriwayatkannya secara mursal dan tidak menyebutkan siapakah perawi yang menceritakan hadith tersebut?

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.