Batil

30/06/2024

minit bacaan



Perempuan yang paling dicintai Rasulullah SAW ialah Fatimah

Teks Bahasa Arab

كانَ أحبُّ النِّساءِ إلى رسولِ اللَّهِ صلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ فاطمةَ ، ومنَ الرِّجالِ عليٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Perempuan yang paling dicintai Rasulullah SAW ialah Fatimah dan lelaki yang paling dicintai baginda ialah 'Ali.

Sahabat Perawi

  1. Buraidah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1793, hadis no. 9038. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن بريدة -رضي الله عنه-، قال: كان أحب النساء إلى رسول الله ﷺ فاطمة، ومن الرجالِ علي. [ت، ك، ((الضعيفة)) (1124)]

(Batil) Daripada Buraidah RA berkata: "Perempuan yang paling dicintai Rasulullah SAW ialah Fatimah dan lelaki yang paling dicintai baginda ialah 'Ali." [Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1124]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.