Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس للنساءِ في اتباعِ الجنائِزِ أجرٌ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada pahala bagi perempuan yang keluar mengiringi jenazah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1745, hadis no. 8793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- موفوعا: ((ليس للنساء في اتباع الجنائز أجر.)) [الثعلبي، ((الضعيفة)) (4390)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada pahala bagi perempuan yang keluar mengiringi jenazah.)) [Riwayat al-Tha’labi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4390].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman