Perelokkanlah penyangkut bagi cemeti kamu

TEKS BAHASA ARAB

أحسن علاقة سوطك، فإن الله جميل يحب الجمال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perelokkanlah penyangkut bagi cemeti kamu, kerana sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 192, hadis nombor 993. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن محمد بن قيس قال: رأى أبي في يدي سوطا لا علاقة له، فقال: إن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال لرجل: ((أحسن علاقة سوطك، فإن الله جميل يحب الجمال)).
[طب، ((الضعيفة)) (‌‌2080)]

(Lemah)
Daripada ‘Uthman bin Muhammad bin Qays beliau berkata: Bapaku melihat di tanganku terdapatnya cemeti yang tidak ada penyangkutnya. Lalu beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah berkata kepada seorang lelaki: Perelokkanlah penyangkut bagi cemeti kamu, kerana sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2080]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs