TEKS BAHASA ARAB
أصلحي لنا المجلس فإنه ينزل ملك إلى الأرض لم ينزل إليها قط .
TEKS BAHASA MALAYSIA
Perelokkanlah majlis buat kami kerana sesungguhnya malaikat turun ke bumi yang mana ia tidak pernah turun padanya sekali pun.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 121, hadis nombor 622. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أم سلمة رضي الله عنها قالت: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَصْلِحِي لَنَا الْمَجْلِسَ فَإِنَّهُ يَنْزِلُ مَلَكٌ إِلَى الْأَرْضِ لَمْ يَنْزِلْ إِلَيْهَا قَطُّ. [حم، الضعيفة (6081)]
(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: Perelokkanlah majlis buat kami kerana sesungguhnya malaikat turun ke bumi yang mana ia tidak pernah turun padanya sekali pun. [Diriwayatkan oleh Aḥmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6081]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.