TEKS BAHASA ARAB
اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها، وأجرنا من خزي الدنيا وعذاب الآخرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ya Allah! Perelokkanlah kesudahan kami dalam semua urusan dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1443, hadis nombor 7344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن بسر بن أرطاة رضي الله عنه مرفوعا: اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها، وأجرنا من خزي الدنيا وعذاب الآخرة.
[تخ، وفي ((التاريخ الصغير))، حب، حم، عم، عد، الطبراني في ((الدعاء))، ابن عساكر، نصر المقدسي في ((الأربعين))، ((الضعيفة)) (2907)]
(Lemah)
Daripada Busr bin Arṭāh RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ya Allah! Perelokkanlah kesudahan kami dalam semua urusan dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr dan al-Tārīkh al-Ṣaghīr, Ibn Ḥibbān dalam al-Ṣaḥīḥ, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, ‘Abdullah bin Aḥmad dalam Zawāid al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Ṭabarānī dalam al-Du‘ā’, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Naṣr al-Maqdisī dalam al-Arba‘īn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2907]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.