Perelokkanlah amalan-amalan sunatmu, nescaya sempurnalah dengannya amalan fardumu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: حسنوا نوافلكم تكمل بها فرائضكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Perelokkanlah amalan-amalan sunatmu, nescaya sempurnalah dengannya amalan fardumu.

STATUS

Tidak Ada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 73, hadis nombor 174. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له بهذا المبني.

Tiada asalnya dengan lafaz ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.